Saturday, April 6, 2019


salam sahabat...

pernah tak korang rasakan sesekali yang sangat malas dalam hidup korang?

biasanya jadi ketika premenstrual. adakah?

che dilah selalu je. hampir every time, every month. baju dah bertimbun tak berbasuh. nak masak pon malas. last2 beli je lauk atau masak lauk paling simple sejenis je. kerja menjahit pon terbengkalai seketika. yang boleh buat hanya hantar dan ambil anak sekolah.

jadi bagaimana cara nak atasinya?

che dilah dah discover beberapa penyelesaian yang paling mudah. di kala itu memang hormon kita agak tak normal. jadi kita jangan stress jangan paksa diri ikut plan harian kebiasaan kita.

yang pertama sekali kita kena sedar yang kita dalam keadaan yang malas. kena sedar diri dulu yong...kalau kita tak sedar diri kita tu malas, memang kita tak kan take action untuk mengatasinya. sebab kita rasa kita ok je gitu.

yang ke-2, bila kita sedar kita dah termasuk dalam fasa kemalasan, che dilah selalu google cari article yang memberi inspirasi. ikut citarasa masing-masing lah. dan juga ikut bidang masing-masing. carilah dan bacalah article yang boleh manaikkan semangat dalam diri kita.

yang ke-3, bila kita berada dalam fasa kemalasan, kita boleh je buat kerja dan aktiviti harian kita bit by bit. slow down sikit but still buat. kerja still berjalan walaupun agak slow. at the end of the day, kerja tetap selesai walaupun agak lambat. better late than never kan...

yang ke-4, bekalkan diri kita dengan tenaga yang cukup. jika, "dah lah kau malas, kau tak bertenaga pulak, memang cari bantal sepanjang hari je lah." cari lah sumber-sumber makanan yang baik seperti madu, kurma, susu....pendek kata makanan sunnah lah. che dilah bercerita melalui pengalaman je. tapi makanan sunnah ni memang terbukti baik untuk tubuh badan kita.

yang ke-5, bila kita sedar kita dah termasuk dalam fasa kemalasan, kita teruskan dengan mencari inspirasi yang baik, kemudian kita share perkara-perkara baik dari pembacaan kita. share kat mana? share di media social kesayangan kita lah dear....kedengaran agak pelik, tapi pada che dilah ia berkesan. antara contoh-contoh yang boleh che dilah share ialah 'keep moving...even though it is one small step at a time', 'just start', ' just do it', 'bismillah...let's start the day'..... simple kan.... che dilah pernah dengar ustaz menerangkan bahawa, kalau kita buat dakwah, bukan kerana kita ni dah baik. tapi kita nak Allah pelihara kita supaya kita jadi baik seperti yang kita dakwah kan tu. jadi che dilah relate kan nasihat ustaz dengan apa yang che dilah ajak u all share tu, itu lah yang kita nak Allah beri pada kita. beri kekuatan pada kita untuk terus berusaha.

yang ke-6 ialah teknik untuk kita leka dengan kerja kita. selalunya che dilah akan mendengar sesuatu kebiasaannya dari youtube. dengarlah penyampaian yang baik-baik yang memberi manfaat dan menambah ilmu. atau kalau suka dengar lagu, dengarlah lagu yang baik-baik.

dan yang terakhir che dilah nak share di sini ialah berdoa. sentiasalah berdoa memohon pada Allah untuk bantu kita bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kita. bukan kerana RM yang kita bakal dapat, tapi kerana ia satu amanah daripada Allah.

itu lah sedikit sebanyak yang che dilah boleh share tentang tips mengatasi kemalasan. kerana perkara ini selalu terjadi pada che dilah dah macam rutin bulanan pulak 😂. adakah kerana premenstrual?😅 ye lah...kita ni bekerja sendiri. usaha kena berganda untuk memajukan diri sendiri. yang tu orang lain tak boleh tolong. sendiri buat sendiri tanggung. LOL

ppsttttt...kadang-kadang tak menjadi pon sifat kemalasan bila masuk fasa pre-m tu. bila tu? bila job menimbun dan due berderet-deret...hahaha...jadi, carilah job banyak-banyak ye. tak sempat pon kita nak melayan perasaan malas tu.



No comments:

Post a Comment