Thursday, March 28, 2019


salam sahabat...

normal la kan kalau ada anak kecik, dinding rumah kita akan ada dekorasi mencuit hati dan perasaan.

ada yang buat lukisan. ada yang menampal lukisan ke dinding. ada yang kreatif mewarna. ada yang membuat garisan-garisan sempadan.

semuanya menyebabkan mata mak pak korang sakit memandangnya.

nak di cat semula agak renyah dengan kehadiran anak-anak kecil yang semua nak ambil tahu. jadi che dilah pilih untuk lekatkan wallpaper.

ada pelbagai jenis wallpaper yg dijual di dalam pasaran. harganya juga berbeza mengikut kualiti yang ditawarkan.

che dilah pilih yang sedang-sedang saja harganya. pilih mengikut kemampuan.

disini che dilah sharekan gambar cara-cara memasang wallpaper.






nak pasang wallpaper ni perlukan ketelitian dan kesabaran. berkerjasama juga penting. kalau pasang sendirian kemungkinan akan mendapat stress tahap tertinggi terutamanya part nak samakan bahagian bercantum tu dari atas hingga ke bawah.

oh ya..bahagian yang terlopong tu kemudian sekali kita tampal bagi elok pada pandangan mata. LOL

dalam bilik jahit pon che dilah pasangkan wallpaper. guna lebihan-lebihan yang ada supaya tidak membazir. i'm super jimat mom. hahaha...

korang camne? jenis berjimat cermat tak? jimat sekarang untuk selesa akan datang. betul ke? oh bila sembang pasal akan datang ni, ada sesuatu yang merunsingkan che dilah. generasi kita dan generasi anak cucu kita, apakah akan selamat...next entry ya!

No comments:

Post a Comment