Tuesday, March 26, 2019


salam sahabat...

time che dilah sekolah dulu ada 1 matapelajaran ERT - Ekonomi Rumah Tangga. pembelajaran tentang hal ehwal rumah tangga lah kiranya. ada belajar memasak. ada belajar menjahit. ada belajar kerja-kerja pertukangan. ada juga belajar pendawaian elektrik.

semua pembelajaran adalah bermula dari asas yang mudah dan menyeronokkan. ia adalah satu matapelajaran tentang asas kemahiran dalam hidup kita.

salah satu yang paling che dilah suka ialah kemahiran menjahit. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

kemahiran menjahit tidak terhad kepada kaum wanita sahaja. ramainya lelaki di luar sana yang terbukti berjaya dalam bidang jahitan dan fashion ni.

asalnya hanya berbekalkan minat dan kemahuan. akhirnya pasti membuahkan hasil.

che dilah sangat tertarik dengan bidang jahitan ni atas beberapa sebab:

#1 minat

minat menjahit pakaian dan kraf-kraf yang lain bermula dari zaman sekolah lagi. setiap projek jahitan yang diberi cikgu, pasti akan dibuat dengan teliti dan kemas. bila dah mula bekerja (bukan bidang jahitan atau fashion), che dilah usahakan membeli mesin jahit sendiri.

#2 keinginan menjahit baju sendiri

ini kerana che dilah suka pada design yg simple dan selesa (labuh dan tidak ketat). pada ketika itu agak sukar mencari saiz baju readymade kerana susuk tubuh yang kurus dan tinggi.

#3 penjimatan

dah tentulah kita akan buat penjimatan berganda kalau kita boleh menjahit pakaian kita sendiri. pakaian ke pejabat, pakaian hari raya, pakaian kasual, insyaAllah boleh saja kita menjahitnya sendiri.

#4 sumber pendapatan

pandai menjahit dan akhirnya buka tempahan pada masyarakat sekeliling, pasti dapat menjana ekomoni keluarga.

#5 kepuasan

mejahit juga boleh dikategorikan sebagai hobi yang mendatangkan kepuasan pada penggemarnya. kualiti terjaga, hasil rekaan juga mengikut kehendak hati sendiri, dan dapat meminimakan kos produk hasil jahitan kita untuk kegunaan sendiri.

#6 pentingnya kemahiran

che dilah melihat kemahiran adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. dengan adanya kemahiran, sedikit sebanyak kita akan beroleh keuntungan daripadanya. dan keuntungan yang paling dicari ialah keuntungan dunia dan akhirat serta keberkatan hidup.

jom baca sketsa kehidupan seorang 'tukang' ๐Ÿ‘‡ pelbagai ragam harus ditempuhi dan dirai dengan senyuman. jangan stress OK!

UPAH ๐Ÿ“✂๐Ÿ› ๐Ÿงต๐Ÿ‘—

Mak Cik K:  Makcik sediakan semua bahan mentah, awak tolong buatkan, boleh?

A: Oh boleh makcik. Saya ambil upah RM** untuk setiap satu ye makcik.

Mak Cik K: Eh mahalnya. Kan makcik dah keluar modal semua. Takkan masih caj mahal lagi?

A: Makcik, saya memang tak caj modal. Saya caj masa, tenaga dan kemahiran saya untuk beri perkhidmatan kepada makcik.

Kalau makcik rasa mahal kos upah ni, saya sarankan makcik belajar buat sendiri, kemudian siapkan semua sendiri. In shaa Allah makcik jimat banyak.

***************************
✂ Kos buat Princess Dress ๐Ÿ‘— memang murah. Ce buat sendiri from scratch tanpa upah tailors. Agak-agak jadi dress ke jadi sarung meja? (Belum kira kos mesin jahit, mesin jahit tepi, benang, paper pola, pita ukur, segala mak nenek sewing tools)

✂  Kos buat Kek ๐ŸŽ‚ bertingkat memang murah. Cuba buat sendiri tanpa upah bakers. Agak-agak sekali cuba terus berdiri ke tumbang kek awak? (Belum kira kena beli oven, tray, mixer, mold, spatula, penyukat, dll)

✂ Kos bahan buat Rumah ๐Ÿ  takde la mahal mana berbanding harga rumah siap dah. Ce bina sendiri rumah tu tanpa tukang rumah. Agak-agak berani tak nak tinggal dalam rumah tu? (Belum kira sewa pembancuh simen, gergaji, tukul, mesin itu ini)

Kita minta servis orang dengan upah tertentu. Caj upah bukan saja-saja si tukang letak dengan kos sedemikian.

Si tukang ambil masa bertahun-tahun nak develop skills dalam bidang tu. Skills tu ada nilainya.

Si tukang spend time berjam-jam/ berhari-hari untuk siapkan tempahan. Masa tu ada harganya

Si tukang berpenat lelah nak hasilkan kerja yang 'perfect'. Tenaga tu ada bayarannya.

Rasa-rasa tak nak bayar upah, nak bayar modal je, buatlah sendiri.

Ps: Terkedu bila suami kata, "Keuntungan awak dapat untuk 3 hari bertukang sama je dengan gaji sejam saya bekerja".

Takpe. Si tukang bertukang untuk tolong orang. Upah tak seberapa. Yang penting pelanggan puas hati.

CnP

Iman Plymouth
-Diary Crafter-

No comments:

Post a Comment