Tuesday, March 26, 2019


salam sahabat...

rasanya dah lama tak post something kat blog ni. dan rasanya seperti ingin start semula. hihi..

ok lets start semula lah ye. nama saya fadilah. umur di kala ini ialah 37. so klau kawan-kawan anak tu memang panggil mak cik lah ke kita ni. jadi, boleh lah panggil che dilah. ok kot gitu. tua muda pon boleh guna panggilan yg sama.

che dilah ni asal Kuala Kangsar. tapi sekarang menetap di Seberang Jaya.

sekian lamanya che dilah tiada posting apa2 kat sini seolah-olah dh mereput lah. macam hilang semangat pon ye.

haha...che dilah diam membisu di sini...di sinun masih berfikir-fikir untuk terus mencari inspirasi, kekuatan dan semangat.

che dilah mengaku blog ni belum jadi seperti yang che dilah nak. walaupon blog che dilah ni agak sepi dan sendu, che dilah masih sangat perlukannya untuk terus berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat dan baik. cuma mungkin kerana che dilah belum buat yang terbaik untuknya.

rutin menjahit che dilah berjalan seperti biasa. alhamdulillah...anak-anak masih 3 orang. alhamdulillah...semuanya dah bersekolah. jadinya, driver juga adalah jawatan tetap che dilah setiap hari. LOL

setakat ini dulu salam perkenalan kita. nanti che dilah nak cerita tentang ilmu jahitan pula.

penting ke ilmu jahitan ni?
susah ke menjahit ni?
menjahit boleh buat duit?

sekadar nak kongsi pengalaman che dilah. next posting kita sembang ye 😉




No comments:

Post a Comment