Saturday, April 6, 2019


salam sahabat...

pernah tak korang rasakan sesekali yang sangat malas dalam hidup korang?

biasanya jadi ketika premenstrual. adakah?

che dilah selalu je. hampir every time, every month. baju dah bertimbun tak berbasuh. nak masak pon malas. last2 beli je lauk atau masak lauk paling simple sejenis je. kerja menjahit pon terbengkalai seketika. yang boleh buat hanya hantar dan ambil anak sekolah.

jadi bagaimana cara nak atasinya?

che dilah dah discover beberapa penyelesaian yang paling mudah. di kala itu memang hormon kita agak tak normal. jadi kita jangan stress jangan paksa diri ikut plan harian kebiasaan kita.

yang pertama sekali kita kena sedar yang kita dalam keadaan yang malas. kena sedar diri dulu yong...kalau kita tak sedar diri kita tu malas, memang kita tak kan take action untuk mengatasinya. sebab kita rasa kita ok je gitu.

yang ke-2, bila kita sedar kita dah termasuk dalam fasa kemalasan, che dilah selalu google cari article yang memberi inspirasi. ikut citarasa masing-masing lah. dan juga ikut bidang masing-masing. carilah dan bacalah article yang boleh manaikkan semangat dalam diri kita.

yang ke-3, bila kita berada dalam fasa kemalasan, kita boleh je buat kerja dan aktiviti harian kita bit by bit. slow down sikit but still buat. kerja still berjalan walaupun agak slow. at the end of the day, kerja tetap selesai walaupun agak lambat. better late than never kan...

yang ke-4, bekalkan diri kita dengan tenaga yang cukup. jika, "dah lah kau malas, kau tak bertenaga pulak, memang cari bantal sepanjang hari je lah." cari lah sumber-sumber makanan yang baik seperti madu, kurma, susu....pendek kata makanan sunnah lah. che dilah bercerita melalui pengalaman je. tapi makanan sunnah ni memang terbukti baik untuk tubuh badan kita.

yang ke-5, bila kita sedar kita dah termasuk dalam fasa kemalasan, kita teruskan dengan mencari inspirasi yang baik, kemudian kita share perkara-perkara baik dari pembacaan kita. share kat mana? share di media social kesayangan kita lah dear....kedengaran agak pelik, tapi pada che dilah ia berkesan. antara contoh-contoh yang boleh che dilah share ialah 'keep moving...even though it is one small step at a time', 'just start', ' just do it', 'bismillah...let's start the day'..... simple kan.... che dilah pernah dengar ustaz menerangkan bahawa, kalau kita buat dakwah, bukan kerana kita ni dah baik. tapi kita nak Allah pelihara kita supaya kita jadi baik seperti yang kita dakwah kan tu. jadi che dilah relate kan nasihat ustaz dengan apa yang che dilah ajak u all share tu, itu lah yang kita nak Allah beri pada kita. beri kekuatan pada kita untuk terus berusaha.

yang ke-6 ialah teknik untuk kita leka dengan kerja kita. selalunya che dilah akan mendengar sesuatu kebiasaannya dari youtube. dengarlah penyampaian yang baik-baik yang memberi manfaat dan menambah ilmu. atau kalau suka dengar lagu, dengarlah lagu yang baik-baik.

dan yang terakhir che dilah nak share di sini ialah berdoa. sentiasalah berdoa memohon pada Allah untuk bantu kita bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kita. bukan kerana RM yang kita bakal dapat, tapi kerana ia satu amanah daripada Allah.

itu lah sedikit sebanyak yang che dilah boleh share tentang tips mengatasi kemalasan. kerana perkara ini selalu terjadi pada che dilah dah macam rutin bulanan pulak ๐Ÿ˜‚. adakah kerana premenstrual?๐Ÿ˜… ye lah...kita ni bekerja sendiri. usaha kena berganda untuk memajukan diri sendiri. yang tu orang lain tak boleh tolong. sendiri buat sendiri tanggung. LOL

ppsttttt...kadang-kadang tak menjadi pon sifat kemalasan bila masuk fasa pre-m tu. bila tu? bila job menimbun dan due berderet-deret...hahaha...jadi, carilah job banyak-banyak ye. tak sempat pon kita nak melayan perasaan malas tu.



Friday, April 5, 2019


salam sahabat...

tiada siapa peduli, teruskan bekerja...

apa yang anda rasa tentang kenyataaan di atas?

kebelakangan ni che dilah kerap memerhatikan sekeliling dan memikirkannya. perasaan tu seperti bercampur baur.

pada satu sudut, che dilah tak setuju dengan kenyataan di atas. di kalangan kita semua pasti ada orang yang care pasal kita. walaupon kadang kala ujud perasaan 'tiada siapa peduli aku'. tapi hakikatnya, yes we all have people who care.

so che dilah rasa pentingnya komunikasi. segala struggles kita, kita boleh share with people yang kita trust. kita lah yang bertanggangjawab atas diri kita supaya tidak terbeban seorang diri. kita ada keluarga, atau juga pasangan hidup, kita pon ada kawan-kawan yang baik dan memahami.

tak perlulah kita menderita dalam diam kerana itu bukanlah yang terbaik untuk diri kita.

tapi che dilah juga percaya ada tingkatan hidup yang lebih tinggi yang mana pergantungan dengan Allah melebihi segalanya. cukup lah Allah sebagai tempat mengadu. masyaAllah, semoga kita semua dapat capai tingkatan iman yang lebih tinggi. in sya Allah....

dari satu sudut yang lain pula, kita boleh jadikan kenyataan di atas sebagai sesuatu yang membakar semangat kita untuk berusaha dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh.

jika sesuatu perkara itu sukar, terpulang pada kita sendiri untuk menyelesaikannya. do our best and things will get better.

ianya seperti memaksa diri kita untuk buat yang terbaik dalam segala aspek kehidupan. sepertinya tiada siapa nk peduli kat awak kalau awak dalam kesusahan.

boleh tak kita relate dengan akhirat kita nanti? di sana kita tidak akan peduli pada orang lain dan orang lain juga tidak akan peduli pada kita. semua dengan urusan masing-masing.

jadi di dunia ini lah kita berbuat sehabis baik sebagai bekalan di akhirat sana. wallahuร qlam...


Friday, March 29, 2019


salam sahabat

kita di zaman ini...
kita kenal rapat dengan internet...

kita di zaman ini...
kita bersahabat di alam maya...

kita di zaman ini...
kita mencari rezeki di media social...

kita di zaman ini...
kita membeli di alam cyber...

bertanya khabar berita...
berkongsi cerita...
berkongsi derita...
berlawak jenaka...
hingga ada yg menabur fitnah belaka...

kita di zaman ini...
kita harus bijak memilih...
baik mengatasi buruk...
jujur mengatasi curang...
amanah mengatasi khianat...

pornografi!! games!! waste of time!! keluarga terabai!! kata-kata cacian di komentar!! generasi kita juga kadang tewas!!

anak-anak kita di zaman ini...
Allahuakbar...
pendedahan tak terbendung...
tv pelbagai channel...
internet 24/7....
tahukah mereka?
baik harus mengatasi buruk...
tahukah mereka tipu daya dan fitnah dunia...

kembalilah kita ke fitrah manusia...
cari Allah cari rasulNya...
penuhkan saf tika solat fardhu...
cari kuliah gali ilmu...
mohon padaNya selamat dunia dan selamat akhirat...

๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

ini adalah peringatan untuk diri che dilah sendiri. kadang sendiri rasa terjerat dengan kelalaian melayari internet. pesan ustaz yang selalu kita lupa, bersederhanalah dalam kehidupan. ๐Ÿค” lepas ni kita story tentang sederhana pulak lah kot....insyaAllah

Thursday, March 28, 2019


salam sahabat...

normal la kan kalau ada anak kecik, dinding rumah kita akan ada dekorasi mencuit hati dan perasaan.

ada yang buat lukisan. ada yang menampal lukisan ke dinding. ada yang kreatif mewarna. ada yang membuat garisan-garisan sempadan.

semuanya menyebabkan mata mak pak korang sakit memandangnya.

nak di cat semula agak renyah dengan kehadiran anak-anak kecil yang semua nak ambil tahu. jadi che dilah pilih untuk lekatkan wallpaper.

ada pelbagai jenis wallpaper yg dijual di dalam pasaran. harganya juga berbeza mengikut kualiti yang ditawarkan.

che dilah pilih yang sedang-sedang saja harganya. pilih mengikut kemampuan.

disini che dilah sharekan gambar cara-cara memasang wallpaper.






nak pasang wallpaper ni perlukan ketelitian dan kesabaran. berkerjasama juga penting. kalau pasang sendirian kemungkinan akan mendapat stress tahap tertinggi terutamanya part nak samakan bahagian bercantum tu dari atas hingga ke bawah.

oh ya..bahagian yang terlopong tu kemudian sekali kita tampal bagi elok pada pandangan mata. LOL

dalam bilik jahit pon che dilah pasangkan wallpaper. guna lebihan-lebihan yang ada supaya tidak membazir. i'm super jimat mom. hahaha...

korang camne? jenis berjimat cermat tak? jimat sekarang untuk selesa akan datang. betul ke? oh bila sembang pasal akan datang ni, ada sesuatu yang merunsingkan che dilah. generasi kita dan generasi anak cucu kita, apakah akan selamat...next entry ya!

Tuesday, March 26, 2019


salam sahabat...

time che dilah sekolah dulu ada 1 matapelajaran ERT - Ekonomi Rumah Tangga. pembelajaran tentang hal ehwal rumah tangga lah kiranya. ada belajar memasak. ada belajar menjahit. ada belajar kerja-kerja pertukangan. ada juga belajar pendawaian elektrik.

semua pembelajaran adalah bermula dari asas yang mudah dan menyeronokkan. ia adalah satu matapelajaran tentang asas kemahiran dalam hidup kita.

salah satu yang paling che dilah suka ialah kemahiran menjahit. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

kemahiran menjahit tidak terhad kepada kaum wanita sahaja. ramainya lelaki di luar sana yang terbukti berjaya dalam bidang jahitan dan fashion ni.

asalnya hanya berbekalkan minat dan kemahuan. akhirnya pasti membuahkan hasil.

che dilah sangat tertarik dengan bidang jahitan ni atas beberapa sebab:

#1 minat

minat menjahit pakaian dan kraf-kraf yang lain bermula dari zaman sekolah lagi. setiap projek jahitan yang diberi cikgu, pasti akan dibuat dengan teliti dan kemas. bila dah mula bekerja (bukan bidang jahitan atau fashion), che dilah usahakan membeli mesin jahit sendiri.

#2 keinginan menjahit baju sendiri

ini kerana che dilah suka pada design yg simple dan selesa (labuh dan tidak ketat). pada ketika itu agak sukar mencari saiz baju readymade kerana susuk tubuh yang kurus dan tinggi.

#3 penjimatan

dah tentulah kita akan buat penjimatan berganda kalau kita boleh menjahit pakaian kita sendiri. pakaian ke pejabat, pakaian hari raya, pakaian kasual, insyaAllah boleh saja kita menjahitnya sendiri.

#4 sumber pendapatan

pandai menjahit dan akhirnya buka tempahan pada masyarakat sekeliling, pasti dapat menjana ekomoni keluarga.

#5 kepuasan

mejahit juga boleh dikategorikan sebagai hobi yang mendatangkan kepuasan pada penggemarnya. kualiti terjaga, hasil rekaan juga mengikut kehendak hati sendiri, dan dapat meminimakan kos produk hasil jahitan kita untuk kegunaan sendiri.

#6 pentingnya kemahiran

che dilah melihat kemahiran adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. dengan adanya kemahiran, sedikit sebanyak kita akan beroleh keuntungan daripadanya. dan keuntungan yang paling dicari ialah keuntungan dunia dan akhirat serta keberkatan hidup.

jom baca sketsa kehidupan seorang 'tukang' ๐Ÿ‘‡ pelbagai ragam harus ditempuhi dan dirai dengan senyuman. jangan stress OK!

UPAH ๐Ÿ“✂๐Ÿ› ๐Ÿงต๐Ÿ‘—

Mak Cik K:  Makcik sediakan semua bahan mentah, awak tolong buatkan, boleh?

A: Oh boleh makcik. Saya ambil upah RM** untuk setiap satu ye makcik.

Mak Cik K: Eh mahalnya. Kan makcik dah keluar modal semua. Takkan masih caj mahal lagi?

A: Makcik, saya memang tak caj modal. Saya caj masa, tenaga dan kemahiran saya untuk beri perkhidmatan kepada makcik.

Kalau makcik rasa mahal kos upah ni, saya sarankan makcik belajar buat sendiri, kemudian siapkan semua sendiri. In shaa Allah makcik jimat banyak.

***************************
✂ Kos buat Princess Dress ๐Ÿ‘— memang murah. Ce buat sendiri from scratch tanpa upah tailors. Agak-agak jadi dress ke jadi sarung meja? (Belum kira kos mesin jahit, mesin jahit tepi, benang, paper pola, pita ukur, segala mak nenek sewing tools)

✂  Kos buat Kek ๐ŸŽ‚ bertingkat memang murah. Cuba buat sendiri tanpa upah bakers. Agak-agak sekali cuba terus berdiri ke tumbang kek awak? (Belum kira kena beli oven, tray, mixer, mold, spatula, penyukat, dll)

✂ Kos bahan buat Rumah ๐Ÿ  takde la mahal mana berbanding harga rumah siap dah. Ce bina sendiri rumah tu tanpa tukang rumah. Agak-agak berani tak nak tinggal dalam rumah tu? (Belum kira sewa pembancuh simen, gergaji, tukul, mesin itu ini)

Kita minta servis orang dengan upah tertentu. Caj upah bukan saja-saja si tukang letak dengan kos sedemikian.

Si tukang ambil masa bertahun-tahun nak develop skills dalam bidang tu. Skills tu ada nilainya.

Si tukang spend time berjam-jam/ berhari-hari untuk siapkan tempahan. Masa tu ada harganya

Si tukang berpenat lelah nak hasilkan kerja yang 'perfect'. Tenaga tu ada bayarannya.

Rasa-rasa tak nak bayar upah, nak bayar modal je, buatlah sendiri.

Ps: Terkedu bila suami kata, "Keuntungan awak dapat untuk 3 hari bertukang sama je dengan gaji sejam saya bekerja".

Takpe. Si tukang bertukang untuk tolong orang. Upah tak seberapa. Yang penting pelanggan puas hati.

CnP

Iman Plymouth
-Diary Crafter-

salam sahabat...

rasanya dah lama tak post something kat blog ni. dan rasanya seperti ingin start semula. hihi..

ok lets start semula lah ye. nama saya fadilah. umur di kala ini ialah 37. so klau kawan-kawan anak tu memang panggil mak cik lah ke kita ni. jadi, boleh lah panggil che dilah. ok kot gitu. tua muda pon boleh guna panggilan yg sama.

che dilah ni asal Kuala Kangsar. tapi sekarang menetap di Seberang Jaya.

sekian lamanya che dilah tiada posting apa2 kat sini seolah-olah dh mereput lah. macam hilang semangat pon ye.

haha...che dilah diam membisu di sini...di sinun masih berfikir-fikir untuk terus mencari inspirasi, kekuatan dan semangat.

che dilah mengaku blog ni belum jadi seperti yang che dilah nak. walaupon blog che dilah ni agak sepi dan sendu, che dilah masih sangat perlukannya untuk terus berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat dan baik. cuma mungkin kerana che dilah belum buat yang terbaik untuknya.

rutin menjahit che dilah berjalan seperti biasa. alhamdulillah...anak-anak masih 3 orang. alhamdulillah...semuanya dah bersekolah. jadinya, driver juga adalah jawatan tetap che dilah setiap hari. LOL

setakat ini dulu salam perkenalan kita. nanti che dilah nak cerita tentang ilmu jahitan pula.

penting ke ilmu jahitan ni?
susah ke menjahit ni?
menjahit boleh buat duit?

sekadar nak kongsi pengalaman che dilah. next posting kita sembang ye ๐Ÿ˜‰