Tuesday, August 14, 2018

Handsock Special Request

subhanallah...kainnya memang sangat lembut...bukan saja lembut, bila pakai teramatlah selesa kerana sejukkkkknya dan halussssnya permukaan handsock bila bersentuhan dengan kulit kita...

anak-anak dah lama request nak handsock ni...mama je bertangguh dek kerana dahulukan nak menyiapkan tempahan customer....huhu sorry ye anak-anak...

kakak nak pakai gi sekolah memandangkan baju sekolahnya hari tu mama jahit lurus je, tak pasang cuffs..oh ya, kakak sekolah aliran agama, sekolah persendirian...pakai handsock tak jadi masalah, ianya dibenarkan...

kak ngah pula nak pakai handsock time gi jalan-jalan, nak pakai dengan baju short sleeve...apa-apa je lah kak ngah...walau awak tu baru 6 tahun je pon...tak pe lah...practise awal-awal ye..

😊

okey...tengok gambar je pon boleh faham kot...sangat mudah...

1. draf bentuk handsock mengikut saiz tangan masing-masing
2. potong
3. cantum bahagian sisi
4. pilih warna benang untuk ruffles
5. jahit tepi halus untuk hasilkan ruffles ikut citarasa masing-masing sama ada 2 layer atau sekadar 1 layer...

SIAP!!!

 












No comments:

Post a Comment