Tuesday, August 14, 2018

Formula Kurung Moden

kali ni saya nak share formula-formula yang diguna pakai dalam membuat sehelai baju kurung moden...



pertama sekali ialah garis bahu

bahu = bahu ÷ 2
          = 14 ÷ 2
          = 7"

garis seterusnya adalah garis dada, pinggang dan punggung...

BAJU HADAPAN:-
dada = (dada ÷ 4) + 1"
          = (32" ÷ 4) + 1"
          = 9"
pinggang = (pinggang ÷ 4) + 1"
                  = (26" ÷ 4) + 1"
                  = 7.5"
punggung = (punggung ÷ 4) + 0.5"
                   = (36" ÷ 4) + 0.5"
                   = 9.5"

BAJU BELAKANG:-
dada = (dada ÷ 4) + 0.5"
          = (32" ÷ 4) + 0.5"
          = 8.5"
pinggang = (pinggang ÷ 4) + 1"
                  = (26" ÷ 4) + 1"
                  = 7.5"
punggung = (punggung ÷ 4) + 0.5"
                   = (36" ÷ 4) + 0.5"
                   = 9.5"

+ 1" atau + 0.5" itu ialah kelonggaran pada sehelai baju...

ukuran keruk pangkal lengan (ketiak) pula ada 1" perbezaan antara keruk hadapan baju dengan keruk belakang baju

kita tengok contoh supaya mudah faham ye.....

ukur lilit ketiak saya akan ambil ikut keselesaan customer, maknanya saya dah siap-siap ambil kira kelonggaran pangkal lengan itu sendiri...

contoh:
ukur lilit ketiak = 18"
keruk hadapan = 9.5"
keruk belakang = 8.5"

ukur lilit ketiak = 19"
keruk hadapan = 10"
keruk belakang = 9"

ukur lilit ketiak = 22"
keruk hadapan = 11.5"
keruk belakang = 10.5"

nampak kan perbezaan 1" tu?

oleh itu, formula ini boleh juga diguna pakai untuk menghasilkan sehelai blaus atau jubah atau dress...cuma kita perlu olah pada kelonggarannya sahaja...


untuk sehelai baju peplum pun masih menggunakan formula yang sama dari bahu hingga ke paras pinggang...


olah pada kelonggaran, maka kita boleh hasilkan jubah...


SEKIAN....
selamat mencuba dan semoga bermanfaat...

1 comment:

bungaEmas Collections said...

apa-apa kemusykilan boleh tanya tau...

Post a Comment