Wednesday, December 6, 2017

Tutorial Seluar Lelaki Dewasa

Assalamua'laikum...hai hai hai semua...baru-baru ni saya ada buat sepasang kurta untuk customer saya...jadi saya nak kongsi rujukan-rujukan yang saya guna untuk siapkan sehelai seluar lelaki dewasa...fuh...berdebar -debar hatiii sebab dah lama tak buat seluar lelaki...hahaha

memang berdebar-debar takut tak menjadi...kot terr longgar sangat ke....kot terr ketat ke...hadoiii tak dapat dipikirkannnn....

yang sebenarnya nak buat sehelai seluar lelaki ni perlu tahu beberapa teknik dan skill jahitan...untuk seluar, yang mencabarnya nak buat fly dan ben pinggang...nak pasang hook pon mencabar jugak....kalau jahitannya tidak kemas, maka nampak lah kecacatan seluar tu....

untuk tutorial and nota cara melakar pola, korang boleh ikut link-link di bawah ni...ada cikgu amin...ada cikgu jefrey...ada puan fatimadzulkifli...
https://www.facebook.com/aminuddinbinidris/videos/1930499493660785/

(cara iron seluar lelaki mudah dan tepat - cikgu amin)

alhamdulillah...saya dapat siapkan sehelai seluar dengan lakaran pola yang saya buat sendiri berpandukan nota dan tutorial di atas...

korang cubalah...meh nak share sikit picture yang saya sempat snap...


saya tak sempat nak snap pic step by step sebab nak siapkan seluar tu cepat-cepat sebelum berangkat ke Kuala Lumpur hari tu...

saya ringkaskan cara menjahitnya:

1. cantum sisi luar kedua-dua belah seluar, then cantum poket kanan dan kiri..jahit pleat di pinggang seluar...
(iron)

2. sedikan lapik zip (fly) kemudian pasangkan zip seluar...

3. cantumkan cawat belakang...

4. cantumkan kaki seluar sebelah dalam...

5. jahit tindih kasih dari cawat belakang hingga ke bahagian hujung zip...
(iron)

6. pasang ben pinggang dan cangkuk...
(maaf ye...tak mampu nak explain secara detail)

saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada cikgu-cikgu di FB and cikgu-cikgu di Google...ini hanya sebahagian...yang pastinya banyakkk lagi tutorial2 jahit seluar di alam cyber sana...ringan-ringan kan lah jari jemari kita untuk search ilmu-ilmu yang dikongsi...

semoga perkongsian ini bermanfaat...

No comments:

Post a Comment