Monday, February 28, 2011

Maternity Wear




::Customer::Nazlian::

Sunday, February 27, 2011

Tutorial: Cara-cara Menjahit Baju Ibu Mengandung

1. Bahagian lengan. 2. Bahagian belakang. 3. Bahagian depan atas. 4. Bahagian depan bawah (lebarnya dilebihkan 4inci untuk sedikit kedutan)

Mula menjahit tepi


Bahagian belakang yg telah dicantum dengan bahagian depan atas.

Bahagian belakang dipasang dengan zip sembunyi.

Bahagian depan bawah dijahit kasar pada bahagian atasnya, benang jahitan kasar tersebut akan ditarik untuk menghasilkan kedutan...

Cantumkan bahagian depan atas dengan bahagian depan bawah.

Sediakan interfacing berbentuk leher baju, kemudian iron pada sekeping kain (kain lebihan baju).

Bahagian tengahnya dipotong. Tinggalkan basi jahitan sebanyak 1/2inci.

Jahit pada sekeliling leher baju.

Setelah siap, beginilah hasilnya bentuk leher baju ini.

Test jap..belum siap lagi ni..

Cantumkan tepi badan baju.

Kemudian cantum lengannya..

Test lagi..ok x?


Oh ya..masa cantum badan baju, jangan lupa dijahit sekali bersama tali belakang ni ye..


Bahan-bahan untuk membuat cuff..just follow the step below..





Cara nak kedutkan hujung tangan tu sama dengan cara kedutkan bahagian depan bawah badan baju.

Dah siap!

Pandangan sisi.

Pandangan belakang.

Thursday, February 17, 2011

Coming Soon!!!!!!

TUTORIAL (IMAGES):
~1. MATERNITY WEAR
~2. KURUNG MODEN

TUNGGU..........

Saturday, February 12, 2011

Tutorial: Kolar dan Cuff












Friday, February 11, 2011

Tutorial: Menjahit Leher Baju Kurung Lis (First Step)



Mula skali mesti iron bahagian bahu untuk dapatkan titik tengah. Potong lubang leher mengikut acuan. Cam resepi biskut raya la plak. Paham2 sendiri lah ye. Yang penting tekniknya mesti betul dan mudah...kata tok guru saya. Silalah menjamu mata dengan gambar-gambar berikutnya

Tutorial: Menjahit Leher Baju Kurung Lis (...dan langkah seterusnya...)







Untuk yang baru belajar menjahit, diharap dapatlah manfaat yang sepatutnye...Kalau ada yang sudi komen, amatlah dialu-alukan.

Tutorial: Cara-cara Menjahit Baju Koperat (Sebahagian)










Cantumkan papan bahu dengan bahagian belakang badan dan sebahagian depan badan.

Poket perlu dijahit dahulu sebelum mencantumkan sebahagian lagi bahagian hadapan baju.Poket yang sesuai untuk baju ini ialah poket sembunyi.

Seterusnya cantumkan bahagian hadapan baju sepenuhnya.

Cantumkan tangan baju dan jahit sisi kanan dan kiri baju.

Setelah baju siap dicantum, sediakan lubang butang. Kemudian jahitkan butang pada jarak yang sesuai.

Akhirnye terhasillah baju yg telah siap dijahit.