Tuesday, March 26, 2019


salam sahabat...

time che dilah sekolah dulu ada 1 matapelajaran ERT - Ekonomi Rumah Tangga. pembelajaran tentang hal ehwal rumah tangga lah kiranya. ada belajar memasak. ada belajar menjahit. ada belajar kerja-kerja pertukangan. ada juga belajar pendawaian elektrik.

semua pembelajaran adalah bermula dari asas yang mudah dan menyeronokkan. ia adalah satu matapelajaran tentang asas kemahiran dalam hidup kita.

salah satu yang paling che dilah suka ialah kemahiran menjahit. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

kemahiran menjahit tidak terhad kepada kaum wanita sahaja. ramainya lelaki di luar sana yang terbukti berjaya dalam bidang jahitan dan fashion ni.

asalnya hanya berbekalkan minat dan kemahuan. akhirnya pasti membuahkan hasil.

che dilah sangat tertarik dengan bidang jahitan ni atas beberapa sebab:

#1 minat

minat menjahit pakaian dan kraf-kraf yang lain bermula dari zaman sekolah lagi. setiap projek jahitan yang diberi cikgu, pasti akan dibuat dengan teliti dan kemas. bila dah mula bekerja (bukan bidang jahitan atau fashion), che dilah usahakan membeli mesin jahit sendiri.

#2 keinginan menjahit baju sendiri

ini kerana che dilah suka pada design yg simple dan selesa (labuh dan tidak ketat). pada ketika itu agak sukar mencari saiz baju readymade kerana susuk tubuh yang kurus dan tinggi.

#3 penjimatan

dah tentulah kita akan buat penjimatan berganda kalau kita boleh menjahit pakaian kita sendiri. pakaian ke pejabat, pakaian hari raya, pakaian kasual, insyaAllah boleh saja kita menjahitnya sendiri.

#4 sumber pendapatan

pandai menjahit dan akhirnya buka tempahan pada masyarakat sekeliling, pasti dapat menjana ekomoni keluarga.

#5 kepuasan

mejahit juga boleh dikategorikan sebagai hobi yang mendatangkan kepuasan pada penggemarnya. kualiti terjaga, hasil rekaan juga mengikut kehendak hati sendiri, dan dapat meminimakan kos produk hasil jahitan kita untuk kegunaan sendiri.

#6 pentingnya kemahiran

che dilah melihat kemahiran adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. dengan adanya kemahiran, sedikit sebanyak kita akan beroleh keuntungan daripadanya. dan keuntungan yang paling dicari ialah keuntungan dunia dan akhirat serta keberkatan hidup.

jom baca sketsa kehidupan seorang 'tukang' ๐Ÿ‘‡ pelbagai ragam harus ditempuhi dan dirai dengan senyuman. jangan stress OK!

UPAH ๐Ÿ“✂๐Ÿ› ๐Ÿงต๐Ÿ‘—

Mak Cik K:  Makcik sediakan semua bahan mentah, awak tolong buatkan, boleh?

A: Oh boleh makcik. Saya ambil upah RM** untuk setiap satu ye makcik.

Mak Cik K: Eh mahalnya. Kan makcik dah keluar modal semua. Takkan masih caj mahal lagi?

A: Makcik, saya memang tak caj modal. Saya caj masa, tenaga dan kemahiran saya untuk beri perkhidmatan kepada makcik.

Kalau makcik rasa mahal kos upah ni, saya sarankan makcik belajar buat sendiri, kemudian siapkan semua sendiri. In shaa Allah makcik jimat banyak.

***************************
✂ Kos buat Princess Dress ๐Ÿ‘— memang murah. Ce buat sendiri from scratch tanpa upah tailors. Agak-agak jadi dress ke jadi sarung meja? (Belum kira kos mesin jahit, mesin jahit tepi, benang, paper pola, pita ukur, segala mak nenek sewing tools)

✂  Kos buat Kek ๐ŸŽ‚ bertingkat memang murah. Cuba buat sendiri tanpa upah bakers. Agak-agak sekali cuba terus berdiri ke tumbang kek awak? (Belum kira kena beli oven, tray, mixer, mold, spatula, penyukat, dll)

✂ Kos bahan buat Rumah ๐Ÿ  takde la mahal mana berbanding harga rumah siap dah. Ce bina sendiri rumah tu tanpa tukang rumah. Agak-agak berani tak nak tinggal dalam rumah tu? (Belum kira sewa pembancuh simen, gergaji, tukul, mesin itu ini)

Kita minta servis orang dengan upah tertentu. Caj upah bukan saja-saja si tukang letak dengan kos sedemikian.

Si tukang ambil masa bertahun-tahun nak develop skills dalam bidang tu. Skills tu ada nilainya.

Si tukang spend time berjam-jam/ berhari-hari untuk siapkan tempahan. Masa tu ada harganya

Si tukang berpenat lelah nak hasilkan kerja yang 'perfect'. Tenaga tu ada bayarannya.

Rasa-rasa tak nak bayar upah, nak bayar modal je, buatlah sendiri.

Ps: Terkedu bila suami kata, "Keuntungan awak dapat untuk 3 hari bertukang sama je dengan gaji sejam saya bekerja".

Takpe. Si tukang bertukang untuk tolong orang. Upah tak seberapa. Yang penting pelanggan puas hati.

CnP

Iman Plymouth
-Diary Crafter-

salam sahabat...

rasanya dah lama tak post something kat blog ni. dan rasanya seperti ingin start semula. hihi..

ok lets start semula lah ye. nama saya fadilah. umur di kala ini ialah 37. so klau kawan-kawan anak tu memang panggil mak cik lah ke kita ni. jadi, boleh lah panggil che dilah. ok kot gitu. tua muda pon boleh guna panggilan yg sama.

che dilah ni asal Kuala Kangsar. tapi sekarang menetap di Seberang Jaya.

sekian lamanya che dilah tiada posting apa2 kat sini seolah-olah dh mereput lah. macam hilang semangat pon ye.

haha...che dilah diam membisu di sini...di sinun masih berfikir-fikir untuk terus mencari inspirasi, kekuatan dan semangat.

che dilah mengaku blog ni belum jadi seperti yang che dilah nak. walaupon blog che dilah ni agak sepi dan sendu, che dilah masih sangat perlukannya untuk terus berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat dan baik. cuma mungkin kerana che dilah belum buat yang terbaik untuknya.

rutin menjahit che dilah berjalan seperti biasa. alhamdulillah...anak-anak masih 3 orang. alhamdulillah...semuanya dah bersekolah. jadinya, driver juga adalah jawatan tetap che dilah setiap hari. LOL

setakat ini dulu salam perkenalan kita. nanti che dilah nak cerita tentang ilmu jahitan pula.

penting ke ilmu jahitan ni?
susah ke menjahit ni?
menjahit boleh buat duit?

sekadar nak kongsi pengalaman che dilah. next posting kita sembang ye ๐Ÿ˜‰




Friday, August 17, 2018

Totorial Facemask




salam jumaat salam penghulu segala hari...pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu...semoga kita diberi kebaikan dan keberkatan waktu oleh Allah s.w.t

tempat korang jerebu tak? penang ni boleh tahan la jerebunya...mudah mudahan cepat lah pulihnya jerebu...banyak-banyak la kita minum air dan elakkan aktiviti luar rumah...

hari ni akak nak share cara buat facemask...penting tau facemask ni...especilally yg menunggang motosikal tu...kalau tak jerebu pon memang sangat digalakkan pakai facemask...habuk kenderaan tu....perghhh boleh buat kita sakit kepala....

ok...tutorialnya di bawah ni ๐Ÿ‘‡

kalau tengok gambar pon boleh faham kot....

cumanya part menjahit tu memang kena ada skill sikit lah...


nak buat pola boleh gunakan khidmat pembaris curve ni...sangat membantu...




inilah ukurannya...ala...lebih-lebih kurang tu halalkan je lah....๐Ÿ˜‰ asal jadi facemask nya sudah....๐Ÿ˜…





kat sini cuba perhatikan basi jahitan...jangan lupa basi atas, bawah dan depan...belakang je tak perlu tambah basi ye...


dah siap potong depan facemask dan lining nya....kita letak lining ye sebelah dalam...akak guna kain cotton je untuk lining facemask ni...


step seterusnya ialah menjahit:-
1. jahit bahagian depan hidung tu..
2. cantumkan kedua-duanya, jahit atas dan bawah mask...
3. betulkan kedudukan mask, jahit tindih kasih atas dan bawah nya...
4. kelepetkan tepi kiri kanan untuk letak tali atau pon letak getah untuk sangkut di telinga...

DAH SIAP!!!

haaa...macam ni la contohnya penungggang motosikal tegar 


SEKIAN...SEMOGA BERMANFAAT

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š




Tuesday, August 14, 2018

Formula Kurung Moden

kali ni saya nak share formula-formula yang diguna pakai dalam membuat sehelai baju kurung moden...



pertama sekali ialah garis bahu

bahu = bahu ÷ 2
          = 14 ÷ 2
          = 7"

garis seterusnya adalah garis dada, pinggang dan punggung...

BAJU HADAPAN:-
dada = (dada ÷ 4) + 1"
          = (32" ÷ 4) + 1"
          = 9"
pinggang = (pinggang ÷ 4) + 1"
                  = (26" ÷ 4) + 1"
                  = 7.5"
punggung = (punggung ÷ 4) + 0.5"
                   = (36" ÷ 4) + 0.5"
                   = 9.5"

BAJU BELAKANG:-
dada = (dada ÷ 4) + 0.5"
          = (32" ÷ 4) + 0.5"
          = 8.5"
pinggang = (pinggang ÷ 4) + 1"
                  = (26" ÷ 4) + 1"
                  = 7.5"
punggung = (punggung ÷ 4) + 0.5"
                   = (36" ÷ 4) + 0.5"
                   = 9.5"

+ 1" atau + 0.5" itu ialah kelonggaran pada sehelai baju...

ukuran keruk pangkal lengan (ketiak) pula ada 1" perbezaan antara keruk hadapan baju dengan keruk belakang baju

kita tengok contoh supaya mudah faham ye.....

ukur lilit ketiak saya akan ambil ikut keselesaan customer, maknanya saya dah siap-siap ambil kira kelonggaran pangkal lengan itu sendiri...

contoh:
ukur lilit ketiak = 18"
keruk hadapan = 9.5"
keruk belakang = 8.5"

ukur lilit ketiak = 19"
keruk hadapan = 10"
keruk belakang = 9"

ukur lilit ketiak = 22"
keruk hadapan = 11.5"
keruk belakang = 10.5"

nampak kan perbezaan 1" tu?

oleh itu, formula ini boleh juga diguna pakai untuk menghasilkan sehelai blaus atau jubah atau dress...cuma kita perlu olah pada kelonggarannya sahaja...


untuk sehelai baju peplum pun masih menggunakan formula yang sama dari bahu hingga ke paras pinggang...


olah pada kelonggaran, maka kita boleh hasilkan jubah...


SEKIAN....
selamat mencuba dan semoga bermanfaat...

Handsock Special Request

subhanallah...kainnya memang sangat lembut...bukan saja lembut, bila pakai teramatlah selesa kerana sejukkkkknya dan halussssnya permukaan handsock bila bersentuhan dengan kulit kita...

anak-anak dah lama request nak handsock ni...mama je bertangguh dek kerana dahulukan nak menyiapkan tempahan customer....huhu sorry ye anak-anak...

kakak nak pakai gi sekolah memandangkan baju sekolahnya hari tu mama jahit lurus je, tak pasang cuffs..oh ya, kakak sekolah aliran agama, sekolah persendirian...pakai handsock tak jadi masalah, ianya dibenarkan...

kak ngah pula nak pakai handsock time gi jalan-jalan, nak pakai dengan baju short sleeve...apa-apa je lah kak ngah...walau awak tu baru 6 tahun je pon...tak pe lah...practise awal-awal ye..

๐Ÿ˜Š

okey...tengok gambar je pon boleh faham kot...sangat mudah...

1. draf bentuk handsock mengikut saiz tangan masing-masing
2. potong
3. cantum bahagian sisi
4. pilih warna benang untuk ruffles
5. jahit tepi halus untuk hasilkan ruffles ikut citarasa masing-masing sama ada 2 layer atau sekadar 1 layer...

SIAP!!!